Tuesday, November 3, 2009

Soalan2 dari eringgit.net@gmail.com



Beberapa pertanyaan telah diterima melalui email eringgit.net@gmail.com, pertamanya berkenaan kesahihan graf dan profit gain yg telah diletakkan di blog ini di mana terdapat juga sesetengah blogger atau administrator yg mengubahsuai carta/graph untuk menunjukkan seolah-olah teknik yg digunakan mereka amat berkesan.


Bagi pihak myeringgit.blogspot, Pak Lang ingin maklumkan yang TIADA sebarang pegubahsuaian telah dilakukan pada carta tersebut, namun harus diberi peringatan iaitu semua carta yg ditunjukkan adalah menggunakan account 'DEMO' dan sebagai panduan sahaja. Yang penting anda fokus dan rajin mencuba melatih menggunakan satu2 indicator itu.


Keduanya, berkenaan forex dari segi HUKUM. Yang ni Pak Lang tak layak untuk memberi jawapan....adalah lebih baik jika kita merujuk kepada mereka2 yg bertauliah seperti ustaz dan mufti. Hyperlink yg diberikan dalam blog ini adalah sebagai rujukan kepada mereka2 yg mencari-cari jawapannya. 

"Untuk makluman, anda boleh refer youtube dengan membuat carian 'forex yg haram', 'forex yang halal', 'hukum forex'. Terdapat berbagai pecahan penjelasan yg diberikan oleh Ustaz Zaharudin, oleh itu untuk mendapatkan penjelasan yg lebih terbuka, adil dan jelas, anda perlulah mendengar kesemua hujah2 beliau dalam pecahan2 video you tube tersebut seterusnya membuat penilaian sendiri."


Wallah huallam... 

No comments:

Post a Comment